Thursday, November 22, 2018

Mee Hoon Goreng Tomyam


Okaylah.  Hari-hari sarapan makanan frozen pun jemu jugak kan.  Walaupun sedap macam mana sekali pun makanan dingin beku tu dan jenama terkenal mana sekali pun, masih tetap sedap makanan yang sediakan sendiri di rumah.

Jadi oleh kerana hari ini hari Ahad dan hari cuti, kita masak Mee Hoon goreng tomyam.  Tak kan hari cuti pun nak makan sarapan makanan dingin beku kan?  Walaupun masakan ini dah ramai orang tahu memasaknya, tak kisah lah.  Untuk kali ini kita guna lebih kurang sebanyak 400 gm mee hoon (setelah direndam) yang jenamanya nama seorang wanita tu!  Sayur tak ada dalam fridge, jadi kita guna lobak merah yang dihiris.

250 gm isi ayam, dihiris nipis
3 ulas bawang putih - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
4 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar pes tomyam (juga ada gambar wanita!)
2 helai daun limau purut muda, dihiris halus
Garam gula untuk perasa

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumis bawang putih dan bawang merah.  Bila wangi masukkan ayam.  Bila ayam dah separuh masak, masukkan pes tomyam.  Kacau sehingga ayam betul-betul masak.  Kalau kering, masukkan sedikit air.  Masukkan lobak merah, lada putih dan perasa.  Masukkan mee hoon dan gaul rata.  Sebelum angkat, gaulkan daun limau purut.  

Nota :  Mee hoon ini tidak memerlukan banyak air sebab ia cepat kembang.😊








Friday, November 2, 2018

Avocado and Corn Salad


This is yet another avocado based salad I have prepared for my lunch today.  As usual Fridays at the office are long and dreary, so I really need something to perk me up and food is definitely one of those perks.